Kalau nak trade, kita hanya ada 2 faktor ni sahaja.
1. Pilihan saham
2. Timing
Peluang nak rugi, hanya 25% sahaja, tu pun jika anda buat double mistake. Kalau anda pilih kaunter yang salah, DAN timing yang salah.
Kita biasa disogok “trade tu senang”. Well, senang untuk yang dah pakar la. Nak capai tahap tu, korang kena lalui pelbagai losses dulu, bukan sekadar duit aje. Kalau dah eksiden, baru la kita beringat, ye tak?
Jika masih baru, takyah lah fokus nak buat Short term trade ye. Masuk kelas pun bukan terus boleh pandai.. Nak master timing entry exit bukan amik masa sehari dua. Kena latih tubi. Kalau sehari dua dah terer – Kemungkinan anda sedang “bernasib baik”, sebab market sekarang dalam fasa senang nak trade.
Korang tengok unit trust, Yang paling hampeh pun perform baiikkkk punya sekarang kan..? Market overall, in my view, bullish utk short term ni.
Trader baru, biasanya tak disiplin untuk cutloss, rata-rata akan peram kaunter yang dibeli, dengan harapan harga akan naik semula. Kalau salah pilih, korang akan merana, sangkut dengan saham tu 3-4 tahun, kebanyakannya masih dalam kerugian yang besar..
Nasihat saya, fokus pilih kaunter yang bagus dulu, pastu mahirkan Timing kemudian. Sekurang-kurangnya sebelah kaki dan masuk kategori 3/4 tu.. Goodluck geng.
Jom bincang kat private grup fb.com/groups/teropongbursaturbo
Nota & peringatan: gambar dibawah bukan trading ideas atau nasihat perdagangan /buy call. Sekadar contoh sebenar sahaja. #teropongbursa